Toyota C-HR
Toyota C-HR

Toyota C-HR

Toyota C-HR (Jepun: トヨタ C-HR, Hepburn: Toyota Shīeichiāru) merupakan sebuah SUV crossover subkompak yang dikeluarkan bermula tahun 2016 oleh pengeluar kereta Jepun, Toyota. Pembangunan kereta tersebut bermula pada tahun 2013, diketuai oleh ketua jurutera Toyota Hiroyuki Koba.[4] C-HR adalah berdasarkan platform TNGA-C (GA-C) yang sama seperti Corolla siri E210,[5][6] dan diletakkan di antara Corolla Cross dan Yaris Cross apabila mengikut saiz.Versi pengeluaran bagi C-HR telah diperkenalkan pada Geneva Motor Show Mac 2016 dan pengeluaran dimulakan pada November 2016. Pada 14 Disember 2016, model CH-R telah dilancarkan di Jepun.[7] Bermula awal tahun 2017, ia mula dijual di Eropah, Australia, Afrika Selatan dan Amerika Utara manakala bermula tahun 2018 ia mula dijual di Asia Tenggara, China dan Taiwan. Nama C-HR boleh mewakili sama ada Compact High Rider,[7] Cross Hatch Run–about[7] atau Coupe High Rider.[8]Pengeluaran awal model ini adalah di Jepun dan Turki. C-HR model tahun 2018–2020 bagi pasaran Amerika Utara diimpot dari Turki.[9]

Toyota C-HR

Tinggi 1,565 mm (61.6 in)
Lebar 1,795 mm (70.7 in)
Berat Curb 1,380–1,460 kg (3,042–3,219 lb)
Pelantar TNGA: Toyota TNGA-C platform/GA-C[2]
Pemasangan
Pereka bentuk Ian Cartabiano, Katsuhiro Suzuki and Kazuhiro Sato[3]
Tahun model 2018–present (Amerika Utara)
Pengilang Toyota
Pengeluaran November 2016 – kini
Jarak roda 2,640 mm (103.9 in)
Gaya badan SUV 5-pintu
Reka letak
  • FF
  • F4WD (1.2 L CVT)
Kelas SUV crossover kompak
Panjang 4,360–4,385 mm (171.7–172.6 in)
Juga dikenali Toyota IZOA (FAW Toyota; China)[1]
Enjin
  • Petrol:
  • 1197 cc 8NR-FTS turbo I4 (NGX10/50)
  • 1798 cc 2ZR-FE I4 (ZGX11)
  • 1986 cc 3ZR-FAE I4 (ZGX10; Amerika Utara)
  • 1986 cc M20A-FKS I4 (MAXA10; China)
  • Petrol flex-fuel:
  • 1798 cc 2ZR-FBE I4 (ZGX11)
  • Petrol hybrid:
  • 1798 cc 2ZR-FXE I4 (ZYX10/11)
  • 1986 cc M20A-FXS I4 (MAXH10; Eropah)
Penghantaran
  • 1.2L:Manual 6-kelajuan (EG60)
  • 1.2L&1.8L:CVT 7-kelajuan disimulasi (K313)
  • 1.8L&2.0L:eCVT (hybrid)
  • 2.0L:CVT Direct Shift (K114)
Berkait

Rujukan

WikiPedia: Toyota C-HR http://europe.autonews.com/article/20161109/ANE/16... http://blog.caranddriver.com/scion-c-hr-to-debut-i... http://carsalesbase.com/european-car-sales-data/to... http://carsalesbase.com/us-car-sales-data/toyota/t... http://autonews.gasgoo.com/china_news/70014036.htm... http://www.headlightmag.com/sales-report-subcompac... http://www.headlightmag.com/sales-report-teaser-b-... http://www.motortrend.com/news/report-toyota-c-hr-... http://newsroom.toyota.co.jp/en/detail/14483905/ https://www.motoring.com.au/toyota-ch-r-priced-fro...